BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 25, 2009

Relationship.....

kekadang aku terpikir tentang aku dan dia...mungkin bgus kalau aku mengundurkan diri..dpatlah si dia berasa free..tidak terlalu memikirkan tentang aku yang tidak sempurna ini...tapi bila difikirkan ..aku masih sayang si dia..cuma memikirkan hal diriku ini..banyak bezanya antara dia dan aku...rmai lagi mungkin yang lebih baik dariku...lebih sempurna dariku....aku hanya mahu si dia berasa gembira walaupun dengan sesiapa...tetapi tidak denganku..diriku hanya akan menambahkan air mata yang berlinangan di pipinya nanti..untuk si dia..biarlah aku tidak bersamanya...untuk si dia...maaflah jika ini keputusan ku ...setiap cinta perlukan pengorbanan...maaflah jika sekejam ini yang ku lakukan...hayatilah lirik lagu ini dengan kesedihan ..semoga kamu berbahagia di samping orang lain..selamat tinggal...

Chris Vadham- Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Jangan kau hujani dengan pertanyaan
Kerna pasti akan mengecewakan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta perlukan pengorbanan
Walau sekejam ini yang kulakukan
Sanggup berpisah demi kemanusiaan
Asal kau bahagia oh masa depan

Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi

Renungilah sejenak bezanya antara
Belian dengan kaca mana lebih berharga
Pandangilah keatas keluargamu di sana
Turutkanlah kehendak mereka
Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi
Anggaplah diriku sepotong mimpi
Usah kau tangiskan pada perpisahan ini
Pergilah kepadanya Selamat Tinggal

Salam Terakhir,
Syed Najib....

All Is Bout My Life

ok..saje nak luahkan ati skit...cuti ni ialah cuti pling membosankan gler kat dlam idop aku..ye la..selalunyer aku cuti ngan family...tapi skang dah lain...abg ngan kkk aku xpe la sbb dier pegi blaja..abang spm(wishing his best for SPM),kakak aku plak kat universiti....tapi parents aku...pagi smpai ptang aku kene idop sorang kat rumah ini...perasaan cuak tu memang argh ader tapi semakin hari im dah used to it...xpe argh..parents aku keje..blik smpai kul 3..sewaktu aku tulis post ni..aku sorang je dlam rumah ni....skang kul 4:08 ptg ikut jam komputer aku...nasib baik aku oklah jugak dlam bab memasak ni..at least aku x mati kebulur dalam umah ni...tapi aku ader mase ngan family aku cuma hari ahad jekk....itupun kalo diorang free..later iwill update my blog again k

ikhlas dariku
anak yg kesunyian......

Monday, November 23, 2009

Jason Mraz-Plane

Drain the veins in my head
Clean out the reds in my eyes to get by
Security lines, dear x-ray machine
Pretend you don’t know me so well
I won't tell if you lie
Cry, cause your drought's been brought up
Drinkin' cause you're lookin' so good
In your Starbuck's cup
I complain, for the company that I keep
The windows for sleeping rearrange
Well I'm nobody, Well who's laughing now

I'm leaving your town, again
And I'm over the ground that you’ve been spinning
And I'm up in the air, so baby, hell yeah
Well, honey, I can see your house from here
If the plane goes down, damn
Well I'll remember where the love was found
If the plane goes down, damn

Damn, I should be so lucky
Even only 24 hours under your touch
You know I need you so much
I cannot wait to call you
And tell you that I landed somewhere
And hand you a square of the airport
And walk you through the maze of the map
That I'm gazing at
And gracefully unnamed
And feeling guilty for the luck
And the look that you gave me
You make me somebody
Oh, nobody knows me
Not even me can see it yet

Yet I bet I'm leaving your town, again
And I'm over the ground that you've been spinning
And I'm up in the air, so baby, hell yeah
Well, honey, I can see your house from here
If the plane goes down, damn
I'll remember where the love was found
If the plane goes down, damn

You get me high-igh minded
You keep me high-igh

Flax seeds, well they tear me open
And supposedly you could crawl right through me
Taste these teeth please
And undress me from the sweaters better hurry
Cause I'm heating upward bound, now
Oh maybe I'll build my house on your cloud
Here I'm tumbling for you
Stumbling through the work that I have to do
Don't mean to harm you
B

y leaving your town again
But I'm over the quilt that you’ve been spinning
And I'm up in the air, so baby, hell yeah
Oh, honey, I can see your house from here
If the plane goes down, damn
I'll remember where the love was found
If the plane goes down, damn
I'll remember where the love was found
If the plane goes down, damn
I'll remember where the love was found
If the plane goes down, damn
Damn, damn
Damn, damn

You get me high-igh
You keep me high-igh minded
You get me high-igh
You get me high-igh minded



Mungkin lagu ni ader kene mengena ngan idop aku skang...
pasal aku...
hati aku..
hidup aku...
matiku...
salaamm.......
ikhlas dariku
syed najib......

Saturday, November 21, 2009

Keperitan Hati Yg Ku Lalui........

Hai semua...salam ukhwah buat pelajar mrsm mzms form 1 09...pertemuan kita sebagai pelajar form 1 sudah berakhir pada hari jumaat lalu 20/11/09...sekalung tahniah diucapkan kepada semua form 1.......perit manis tetap dirasai bersama sama ........thanks so much 4 abg form 5 08/09 yg banyak mendidik 'adik-adik' menjadi seorang pelajar.......kpada warden,semoga berjumpa lagi.....cuti ni buatla aper yang guru suruh..manfaat btul k...nanti taun dpan jadik form 2 ,semoga menjadi abg yang bertanggungjawab...jngan suruh adik gosok baju..refill air plak....for form 3 07/09..tahun dpan jadik form 4 ....kalau ader rezeki tukar maktab /stay kat maktab..kalau xde..blaja btul2 kat skola men ...maner2 tempat blaja pun xpe..asalkan hati kita memang nak blaja....form 5..nanti ader yg nak ke luar tanah air...buat tul2 kat negara orang tuu...dpat PHD...keje kat syarikat sendiri kalo ader sesapa yang nak jadi usahawan...jngan lupa form 1 kene tengok 5 cerita english .....homework..mulakan hidup baru pada tahun depan...kepada sesiapa yg hendak berubah kepada yg lebih baik.....salam kehidupan baru..salam terakhir .....salam azam baru .......

Wednesday, September 23, 2009

Open House At Akim' house......


Okkk...post ni plak aku nak citer aku g umah terbuka ...hari selasa aritu aku gi umah terbuka akim af7 somewhere at johor bahru...maner leh ckap umah dier kat maner...aku gi umah dier pun pkul 2.30 ptang...salam ngan bapak akim n akim sendiri...pastu dier ajak makan..aku pun mkan lah satay n mcam2 lagi...kitaorang blik x tahu la pkul bape ...lupe ark..ok bye..ni gambar sewaktu aku amik gambar ngan dier...

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya......




wauu...dah raya rupenyer..rase mcam baru semalam puasa...xpe..ramadhan dah meninggal kan kita..semoga aku akan bertemu ramadhan lagi pada tahun hadapan...raya tahun ni aku lain skit sbb inilah kali pertama aku menyambut raya sebagai pelajar 'mrsm mzms'...tapi same jekk..pagi raya aku gi solat aidifitri cam biase,pastu aku pegi rumah nenek kat ulu tiram.abes part mintak maap n nangis..pegi kubur arwah atok...pastu g beraya umah sedara...lepak gler mlam tu...seronok tapi dpat jumpe sepupu blik kan....ni foto aku raye ....

Sunday, August 2, 2009

May God Bless You All ...

Firstly,i want to say helo to every people in this world dat know me too..Second,feel like 100 years i never update my blog(Hiperbola(i think so))third..sadly my school must be closed because my school get infect by pig flu *sound terrible* (H1n1)...hahahahaha...same goes to my sisters university....and that mean i have to stay at home for 1 weeks!!!!so boring..but it doesnt matter..for me i can relax while surfing internet...what is the forth???ahhhh!!!i have no idea what im gonna talk....later i will add my post..so enjoy your life..dont ever give up and always be happy and always learn from your mistake...peace.....

Cerpen Untuk Graduan....

Sebuah Karya Akhi Masrawi

Di Dalam Dewan Besar itu

(Sempena Majlis Konvokesyen Graduan Al-Azhar)

"Kak Long tak panas ke pakai berlapis-lapis ni. Dewan ni pendingin hawa dia bukan kuat sangat pun!" Soal Ema kepadaku selepas kami mengambil kedudukan di dalam dewan besar itu. Pakaian Ema tidak seperti pakaianku tebal dan litup. Aku *****a membalas tuturan Ema, adikku itu dengan bahasa senyuman. Walid dan umi juga tersenyum melihat telatah mesra kami berdua.

Mereka baru tiba beberapa hari lepas dari tanahair sempena untuk mengikuti majlis konvokesyen aku di Ardul Anbiyak ini. Peluang untuk walid mengimbau kenangan silamnya. Hari ini aku cukup bahagia. Infiniti syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi tidak terhitung. Tiada sendu yang terzahir kecuali untuk membisikkan rasa gembira dan suka.

"Kakak kau jayyid jiddan Ema! Kau macam mana? Hah! Tahun depan dah nak grad dah tu." Ujar umi menyoal Ema yang leka memerhati jubah graduan yang kukenakan. Sesekali terasa rimas juga dengan kelakuan Ema. Tapi biarlah. Hari ini, hari gembira. Tak molek aku mencemarkan kegembiraan itu dengan teguran yang bakal mengundang rajuk apa lagi untuk mengguris hati sesiapa.

"Alah Umi ni... Kakak kan bijak orangnya. Ema ni lain...." Jawab Ema acuh tak acuh sambil tersenyum meleret menjeling aku. Lagaknya keanak-anakan."Ema bukan tak bijak. Ema pun bijak macam Kak Long juga, *****a malas Ema tu lebih rajin dari rajin sebenarnya." Sambuk walid yang semenjak tadi membisu menyebabkan Ema menarik muka masam.

Kak Long adalah panggilan mesra keluarga kepadaku. Walid yang menggelarkannya. Aku masih ingat sewaktu kecil Ema *****a memanggilku dengan panggilan nama. Kata walid itu tak wajar malah sukar mengundang rasa hormat dan mengikat kemesraan. Sejak itu semua adik-adik memanggilku Kak Long.

"Ramai ke kawan Kak Long yang dapat jayyid jiddan?" Soal Ema menukar topik."Tak ramai...""Tipulah. Pelajar Al-Azhar kan ramai. 5000 lebih Kak Long cakap. Tengoklah dewan ni pun dah penuh. Ramai sungguh graduan tahun ni." Aku *****a menggeleng mendengar ulasan Ema. Ema memang suka membuat keputusan sendiri. Jawapan orang lain sukar dihitungnya sebagai betul.

Ema adikku yang *****a berbeza setahun itu sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam bidang kejuruteraan. Minatnya di dalam bidang kejuruteraan memaksa walid dan umi akur untuk dia berubah angin ke bidang itu. Selepas PMR Ema menjejakkan kaki ke sekolah Teknik di Alor Setar. Sebelumnya kami sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Agama Alawiyah Perempuan di Kangar, Perlis. Aku meneruskan perjuangan belajar di situ menghadapi SPM dan kemudian mengambil Sijil Tinggi Agama di di Kolej Islam sultan Alam Shah (KISAS) sebagai tiket datang ke Mesir.

Kerana beralih ke sekolah Teknik Ema terhanyut dengan arus perubahan. Berlainan semasa di sekolah agama kami terdidik dengan biah solehah. Di sekolah teknik percampuran dalam pergaulan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan bukanlah perkara gharib. Ema terikut menaladeni cara itu. Mujurlah asas agama yang ditempa sebelumnya masih membantu hidup gadis itu.

"Kenapa tak ramai Kak Long?" Ema kembali melontar persoalan. Bagaimana harus aku jawab? Aku terdiam beberapa ketika mencari jawapan yang sebaiknya.

"Sebab susahlah Ema." Sampuk walid sambil berlalu meninggalkan kami tiga beranak. Walid ke hadapan di mana sudut untuk kaum Adam seraya mengambil tempat. Aku kemudian tersenyum. Walid tentu lebih tahu biah kehidupan sini. Dia pernah belajar di Al-Azhar semasa era 70-an dulu. Tentunya Al-Azhar dahulu dengan Al-Azhar kini tidak jauh bezanya fikirku.

"Belajar kat mana-mana pun susah..." Ema memprotes.

"Apa perancangan Kak Long lepas ni?" Soal Ema lagi lagak persis seorang wartawan. Aku diam tanpa sebarang jawapan kepada persoalan itu.

"Alfu Mabruk lah Suhana di atas kejayaan kau. Aku jugalah yang masih terkial-kial di sini." Kata-kata Alisa teman serumahku petang semalam sewaktu aku mencuba-cuba jubah graduan yang baru diambil di markaz Hewi PMRAM masih terngiang-ngiang. Aku segera merapati Alisa dan mendakapnya kemas. Ukhwah kami selama hampir empat tahun bersama kembali mekar di pertautan dua tubuh. Aku meleraikan pelukan dan mata kami bertentangan. Ada aliran jernih yang mengalir di mata temanku itu.

"Bersabarlah Lis." Hanya itu yang termampu aku lafazkan. Kami kemudian berpeluk semula.

Alisa terpaksa i'adah empat madah untuk sesi depan. Impiannya untuk bergelar graduan bersamaku tidak kesampaian. Meskipun kami pernah berjanji; dan janji itu terlerai begitu sahaja. Tiada siapa yang mahu mengungkitkannya kembali.

Setahun lalu sewaktu melihat natijah peperiksaan tahun tiga di bangunan Fakulti Dirasat Islamiah al-Azhar kami berpelukan gembira. Natijah kami setanding. Jayyid. Ucapan mabruk saling bertukar ganti.

Dewan besar ini semakin lama sejuknya semakin menggigit-gigit. Paling tidak mungkin sejuk itu hadir kerana demam kegembiraan aku untuk bergelar graduan. Untuk naik ke atas pentas. Untuk terima anugerah dan segulung ijazah. Berbeza Ema yang asyik rimas dengan kedudukannya. Kepanasan agaknya dengan suhu di dalam dewan itu. Meski pakaiannya tidak setebal pakaianku, Ema masih mengipas-ngipas.

Saat sebegini seribu kenangan lalu bisa terungkap satu persatu mengisi kebeningan pandangan. Di sudut depan terisi sekumpulan graduan ikhwah. Aku memerhati sekilas. Mencari seseorang. Namun kelibatnya tidak kelihatan. Mengapa saat seperti itu aku seolah-olah dihantuk rasa rindu. Ingin rasanya kalau kebahagian lalu kembali mengisi ruang yang ada kala itu. Sayangnya ia hanya imbauan yang tidak kembali berulang.

"Mengapa ustaz? Mengapa perpisahan yang dipilih? Bukankah tahun ini tahun untuk kita sama-sama bergelar graduan. Bersabarlah untuk sementara. Hanya setahun *****a. Lepas itu tiada lagi halangan keluarga." Aku meyakinkan dia sewaktu liqa' terakhir bait muslim hampir setahun yang lalu.

"Maafkan saya ustazah!" Hanya itu yang dituturkan. Di wajahnya terpancar kesugulan. Andai keputusan itu selepas istkharahnya mungkin itu yang terbaik.

Akhirnyanya ikatan yang dibina melalui bait muslim itu terlerai jua. Dia mahukan kesegeraan untuk mendirikan rumah tangga. Keluarganya mendesak. Tetapi aku tidak mampu memenuhi tuntutan itu. Cinta yang tersemai itu akhirnya pudar sepudarnya. Aku pasrah. Mungkin itu takdir Ilahi buatku. Ujian yang terpaksa aku tempuhi. Sehingga mencetus selirat rasa benci terhadap golongan ikhwah. Namun kebencian itu hilang lewat doa yang sering kupanjatkan buat Rabbul 'Izzati.

"Ya Allah ya Tuhanku! Andai dia bukan jodohku tabahkanlah hati ini. Lepaskanlah ingatanku terhadap dia. Ya Allah ya Tuhanku, andai dialah jodoh yang kau tentukan buatku... Kembalikanlah dia ke pangkuanku..."

Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Mujur Ema dan umi tidak perasan.

Abu dan Ummi Zahra' yang menguruskan liqa bait muslim antara aku dengan dia hari itu pun tersentak. Mereka tidak pernah menyangka kami mengakiri liqa' itu dengan perpisahan. Sepatutnya perhubungan itu ditautkan dengan ikatan yang sah. Tetapi lain pula keadaannya antara kami berdua. Aku tidak pernah menduga seberat itu dugaan Allah terhadapku.

Kepulanganku ke rumah bertemankan air mata. Fikiranku berselingkit mencari di mana kesilapan. Apakah kerana aku meminta pernikahan kami ditangguhkan sehingga bergelar graduan menjadi batu penghalang? Atau keluarganya yang terlalu mendesak? Mindaku berserabut. Seminggu aku membawa diri ke Mansurah atas alasan ziarah teman-teman di sana. Mencari ketenangan di wadi Nil.

Ah, begitulah Mesir. Laman tarbiyah kehidupan penuh dengan pancaroba. Apa yang berlaku hari ini mungkin berubah pada esok hari. Negara yang sarat dengan kesibukan dan kekalutan, tidak menjanjikan ketenangan buat warga perantau. Kata Ayah Mesir zamannya tidak jauh beza dengan Mesir hari ini. Kalau dulu ayah mengejar bas untuk naik dan melompat terjun untuk turun samalah senario itu hari ini. *****a dari segi pembangunan mungkin ada kemajuan.

Republik Arab Mesir menukilkan sejarahnya sebermula apabila berlakunya revolusi di bawah pimpinan Gamal Abdul Nasser menumbangkan institusi beraja kuku besi. 23 Julai 1952 Mesir menjadi sebuah republik. Presiden selepas kematiannya pada awal 70-an itu digantikan oleh Anwar Sadat. Pemimpin bengap yang menandatangani Perjanjian Camp David tersebut akhirnya tertulis ajalnya di tangan Khaled Islamboli, pengiringnya - harga yang harus dibayar di atas perjanjian tercela itu. Kini Mohamad Husni Mubarak mengambil tempat. Namun, Al-Azhar kekal unggul sebagai institusi ilmu Islam terunggul sejak satu mileneum.

Saban tahun menerima kehadiran para pelajar baru dari seluruh ceruk rantau dan saban tahun itu jugalah mengeluarkan ulamak-ulamak muda. 'Al-Azhar mesin cetak para ulamak dan cendiakawan Islam'.

Walid pernah menyuarakan hasratnya untuk melihat aku menyambung pengajian sarjana lanjutan. Apalah kekuatan yang aku miliki agaknya? Selain seorang perempuan yang diciptakan bertemankan air mata, aku *****a seorang muslimah yang tetap dambakan perasaan halus untuk dicintai kaum Adam. Aku harapkan seorang mujahid untuk menjadi sayap kananku dan membimbingku sebagai seorang isteri.

Kata walid setibanya di Mesir beberapa hari lepas aku ada harapan cerah. Keputusan cemerlang yang aku rangkul semasa B.A adalah batu loncatan mengulanginya di peringkat sarjana lanjutan (master). Aku akur. Walid bercerita panjang hari itu bagai membakar-bakar semangat aku untuk melanjutkan pangajian. Tapi... walid tidak tahu aku menyimpan rahsia pedih. Bumi Mesir meninggalkan kenangan paling pedih. Sengsaranya terasa sehingga kini.

Mujur umi tidak sependapat dengan walid. Umi mahu aku pulang ke Malaysia. Kata umi sudah empat tahun aku mewakafkan diri kepada pengajian di Bumi Mesir ini tanpa sekali pun pulang bercuti. Jadi umi berhajat sangat aku pulang bersamanya.

"Pak Long kau ada bertanyakan tentang kau Su." "Pak Long... Mat? Tanya tentang Su? Apa yang dia tanya umi?""Dia tanya bila kau nak habis belajar?" Aku *****a terdiam menanti kalimah-kalimah seterusnya dari umi."Apa umi cakap?""Ala... umi kata dah nak habis pun.""Lepas tu?" Soalku menunjukkan minat. Umi pula terdiam beberapa ketika.

"Kau ingat tak anak lelaki Pak Long Mat kau tu... yang belajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa tu?" Kenangan kepada Abang Nizam yang baik hati itu kembali menerpa. Masa kecil hadulu dialah guru yang mengajarkan aku membaca muqaddam. "Ingat.""Sekarang dia dah jadi peguam. Beruntunglah kalau umi dan walid dapat berbesan dengan Pak Long kau!" Ujar umi mengusik sambil berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga. Aku tersenyum seketika kemudian kembali berduka.

Nostalgia perhubungan dengan Ustaz Syamsul kembali memenuhi ruang mata. Selepas dia memutuskan hubungan denganku, aku tidak pernah ditaqdim lagi oleh mana-mana ikhwah. Pelik bukan? Itulah Mesir kadangkala ribat yang terbina di wadi Nil ni tidak selamanya kukuh ada yang terlerai jua.

Kemudian nostalgia itu padam apabila terlintas kenangan-kenangan manisnya berpersatuan, menghadiri kelas-kelas tafaqquh dan menjayakan program-program persatuan. Ilmu-ilmu pengurusan dan pentadbiran adalah fardhu kifayah yang tidak boleh diabaikan. Sepanjang empat tahun berada di sini aku sempat mempelajari lewat keterlibatan bersama PMRAM.

Pagi tadi Alisa menghulurkan sekeping sampul papirus berisi surat tanpa setem. Katanya buka dan baca di dewan nanti. Mengingatkan sampul papirus itu segera kuraih tas tangan dan mencari-cari warkah tersebut.

Dewan sudah sesak. Siswa dan siswi para graduan, mahasiswa cemerlang dan para pengiring memenuhi setiap kerusi yang tersedia. Aku perlahan-lahan mengoyak bucu warkah itu. Ema asyik melayan umi.

Assalamualaikum...

Maafkan saya, andai kehadiran warkah ini mengundang tangis dan lara kembali bertamu. Bukan tujuan saya untuk mengembalikan kesedihan yang pernah terlakar pada kanvas kehidupan ustazah hampir setahun lalu.

Ustazah,

Hampir setahun saya mencari pengertian. Memang benar Mesir bumi tarbiyah. Sehingga hampir setahun itulah pelbagai perubahan berlaku pada diri saya.

Sesudah liqa' terakhir bait muslim dulu sehingga kini saya dicengkam rasa bersalah. Keluarga menggesa saya berkahwin lekas. Saya sendiri bingung dengan konflik keluarga sendiri yang seolah tidak memberikan saya pilihan untuk membuat keputusan yang jitu.

Saya suarakan tentang perhubungan kita. Saya meminta tangguh sehingga habis B.A. Tegasnya mereka mengharap saya pulang cuti semester fasal pertama yang lalu setelah saya leraikan ikatan kita.

Rupanya tindakan saya melulu. Selepas berbincang dengan keluarga sewaktu pulang bercuti tempoh hari; keputusannya mereka bersetuju. Keputusan itu akhirnya mengundang pelbagai rasa dalam sanubari saya. Ada gembira. Ada duka. Tetapi duka dan bersalah melebihi segalanya!

Sekembali ke Mesir, saya bertemu Abu Zahra' yang mengurus liqa' antara kita. Tetapi setelah pulang ke rumah saya sendiri mengarahkan supaya dia membatalkan lamaran saya untuk kali kedua terhadap ustazah. Saya dihantui ketakutan dan rasa bersalah.

Ustazah,

Saya beristikharah semula. Berkali-kali. Akhirnya saya menemui jawapan. Dan jawapan itu kala ini hanya ada pada ustazah. Usah gusar. Saya sendiri akan bertemu keluarga ustazah.Lagi satu, saya mungkin akan menyambung pengajian sarjana lanjutan di sini. Itu keputusan muktamad.

Ikhlas dari saya,

Syamsul Bukhari'

Aku akan pulang mengikut keluarga ke Malaysia. Mindaku perlukan kerehatan. Sambil itu aku harus fikirkan cadangan walid. Dan terpenting bagaimana untuk menjelaskan pada umi dan walid tentang hubungan aku dengan Ustaz Syamsul?' Aku bermonolog sendiri

.Lirik sebuah nasyid kontemporari tanahair ligat bermelodi di mindaku.

Impian kasih

Kasih dengarlah hati kuberbicara

Kasih izinkan diri kubertanya

Bisakah cinta bersemi mengudang restu Ilahi

Adakah bahagia yang dipimpin menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini

Kasih Kuinsafi kelemahan diri

kuingin sentuh dirimu menjadi permaisuri hatiku

Sebagai isteri yang berbudi kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia

Seindah hiasan adalah wanita solehah

Yang akan membahagiakan syurga

Di dalam rumahtangga

Hanya itu yang kuinginkan

Dari insan yang amat kusayang

Damaikanlah resah hatiku

Aku rindu kasih dan sayangmu

Terimalah seadanya

Itu lah hiasan pelamin hidupku

Andainya tiada jodoh

Untuk ke singgahsana

Kupasrahkan segalanya

Kerana takdir yang akan menentukan

Impian Kasih

Aku melipat semula warkah itu. Pipi terasa hangat. Ada manik-manik jernih yang mengalir. Ya Allah beratnya dugaan ini. Aku tersedar. Lama juga aku mengelamun. Majlis sudah lama bermula. Syeikhul Azhar pun turut ada untuk menyempurnakan acara penyampaian ijazah.

"Untuk anugerah graduan mahasiswi cemerlang yang berjaya menamatkan pangajian di Fakulti Dirasat Islamiah Jabatan Syariah Islamiah dipersilakan Ustazah Suhana Binti Abdullah dari negeri Perak." Laungan pengerusi mengumumkan namaku. Aku terkedu. Umi dan Ema memelukku silih berganti. Air mata mereka berjujuran.

Aku melangkah jitu ke pentas untuk menerima anugerah itu dari Syeikhul Azhar. Di atas pentas itu tanpa sengaja mataku terlirik memerhati insan yang selama ini kunanti-nantikan. Tanpa sedar senyumanku terukir ke arahnya.

Tiada lagi yang akan berselirat di minda selepas ini. Jawapannya sudah ada. Semuanya berlangsung di dalam dewan besar itu.

Oleh,

Akhi Masrawi

September 2002

Tanta

AKHI MASRAWI

Friday, June 5, 2009

Kebesaran solat dua rakaat


ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”

Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal.” Sesungguhnya
Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

-Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.

-Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

-Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

-Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.

-Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).

-Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

Tuesday, June 2, 2009

Keserabutan diri.....

aq rase skang ni diri aku lain bila ngan kawan.....dah x same ngan diri yg dulu2....mcam smlam...aku tetiba mesej ngan seseorang(rahsia)aq kata ayat yg pelik sangat..entahla..aku pun tak tahu ...dengan keluarga aku same je aku rase....untuk dier ang aku mesej...sori sbb ayat yg mesej tu mmang terlintas kat dlam fikiran aku...sori sangat...

Sunday, May 31, 2009

CuTi Yg MeMbOsAnKaN..


nasib baik aku ader kawan nak chat(handphone)...kalo x memang bosan siut...nak tunggu abang aku blik asrama esok sbb dier ader kem ...maklumlah nak SPM...gud luck 4 abg aku.....keje aku kat umah tido..main komputer..chat...tengok tv...tu je kot....ptang plak main bola....mcam xde aktiviti lain je...tapi aku kene gak blaja sebb lpas cuti ni smakin parah kesusahahn untuk belaja ...bkan mcam sem 1..main je tahu keje....

ApEr Yg KoRaNg TaK tAhU pSaL aKu...

sebenarnya aku suka muzik yang slow giler....aku kasi contoh ehh

Jason Mraz-Plane
Jason Mraz-Life Is Beautiful
Secondhand Serenade-Awake
James Blunt-Goodbye My Lover
Blue ft Elton John-Sorry Seems To Be The Hardest Words...

Kalau korang xcaye bukak la lagu ni....Adergak lagu rancak yg aku minat mcam

Kiss me Thru the phone-Soulja Boy

Shut Up-Simple Plan (diperkenalkan oleh a_ _ _ a klas _ _ 3)
Low-Florida ft T-Pain
Banyak lagi...

Saturday, May 30, 2009

Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Lawatan sambil buat uji kaji kat Tasik Chini











1st trip to Tasik chini ...ehmm...felt very fun and exciting....klas 101 ngan 102 pegi hari khamis....tugasn dier aderlah ambik gambar spesimen tumbuhan kat hutan simpanan UKM...ukur kelajuan air...amik sampel air and lastly sumeorang dpat naik bot.....but sadly..aku naik bot ngan budak pompuan...aku ngan apiz dok blakang diorang (perempuan) dpat dok dpan.....but it doesnt matter...yg penting aku enjoy ...ni disertakan gambar yang menarik...khas untuk tontonan anda...

2nd Assingment......

2nd assingment ckgu marindu sruh buat aderlah buat/cerita psal rumah kamu ...kebetulan lak pada hari tersebut..petangnyer pulang bermalam sbb ader mesyuarat muafakat a.k.a pibg...aku buat sambil ingat kat rumah jekk...hahahahaha.....

Sambutan Hari Guru.....

i think that sambutan hari guru ni aderlah yg pling gempak skali dlam hidup aku...mesti plajar form 1 2009 pun rase gitu...(i think so)....ader persembahan dari cikgu muzahid...drama ....dikir barat...nyanyian......and all the fun stuff....X mcam kat skola lame aku...ucapan pengetua...ucapan pibg..ucapan ketua murid ...persembahan (tido)....lastly dpat mkanan....so boring....

1st Assingment that Mdm Marinda told us to do..

Tugasan pertama yg ckgu marinda kasi kat plajar 2nd intake (guna komputer) aderlah Menu For A Day....mesti klas 101 ingat kan....aku pair ngan amirul puzi buat keje tu...yg banggernyer sbb aku yg pling tinggi skali markah dkat dlam klas tu iaitu 4/5....tugasn tersebut memakan mase selama dua ari...(setelah dimarah oleh ckgu marinda selama 1 ari).....tetapi berbaloi gak kene marah....

Pertama kali ku menjejakkan kaki di bumi mrsm

aku berasa sedikit sedih sbb (homesick) tapi slpas 3 or more than that..aku tdak berasa homesick sangat....sbb dah dpat sesuaikan diri ngan persekitaran ...kwan2..and most of all dapat menjadi seorang yg independent...maklumlah..dkat umah..bkan kiter yang basuh baju... mesti mak kiter kan....homeroom aku namer AL-ASMAI 09..dpat bpak angkat baru nama En. Khairul Azhar....dan dpat adik beradik baru....ok tamat untuk 1st day kat mrsm mzms

Sahabatku