18 Augustus 2023
Aku datang semula dalam dunia blogspot , tapi kali ni totally lain sebab its been 13 years apart. Dah 2023 dah bro tapi entah siapa yang baca pun aku tak pernah tahu .
Kebetulan sebenarnya dapat balik akaun ni hasil proses menggodeh fon lama, bila dapat buka then aku pun tengoklah balik hasil² lama karya tulisan syed muhd najib ni. Sikit² kenangan lama tu dia muncul. Tapi tak nafikan zaman sekarang ni panggil 'cringe'. Malu doh haha
dipendekkan cerita post yg akhir sebelum ni tahun '09-10' & umur aku masa tu 13-14 tahun. So, ye itulah hasilnya. But more yet to come .
During this 13-14 years geng , macam macam jadi and its really a wonderful and a good life I've had . Konfem lah ada sedih, jatuh, khianat,tikam belakang,penipu yang mana aku hanya anggap benda tu is a thing yang buat kau lagi faham macam mana relatenya manusia dan dunia.
Tak boleh pisah bro-sis, ramai kecundang .
So this wil be just tempat coretan aku . Tempat aku meletakkan kenangan silam dalam bentuk penulisan. Dan mungkin boleh dijadikan diari semasa . Tuhan lebih mengetahui
Sambung nanti geng, aku nak prepare untuk rehat sebab esok sabtu gais.So memang cuti sepatutnya kena raptai baru someone tu ready untuk cuti. nampak tak? hahaha
Jadi last , harini nak bagi teaser untuk next post which is masa last post sini around 2009-2010(form1-form2) . Zaman tu lah aku tamatkan belajar menengah dengan memiliki 5 buah sekolah untuk bersekolah. Panjang lah cerita dia . Tu yg nak cerita nanti tuu.
So inshaallah kalau diberi keizinan dan ruang serta peluang sukalah kiranya nanti kita bertemu lagi .
Eh aha lupa nak mengabor. saya ni Syed Muhd Najib bin Syed Muhd Kamal berumur 27 tahun 4 bulan . Bongsu dari sulung kakak dan tengah abang.Duduk sama ibu ayah yang dah pencen . Tapi alhamdulillah sangat sihat dan aktif. Moga terus diberi kekuatan buat mereka berdua. Bertugas sebagai Safety Officer di salah satu kilang multi-national company di Johor Bahru . Bujang tidak tersedia . Sedikit itu sahaja ringkasan dahulu.
Salam.


